Tuesday

MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA

MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA

FRASA:  unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.



  • PERKATAAN  - FRASA - KLAUSA- AYAT
contoh frasa: Burung merpati terbang melayang.

                      Di dalam kelas itu, terdapat pelajar-pelajar yang sedang membaca buku. 

Terdapat 6 jenis frasa:

1- Tarkib wasfi( Sifah wa Mawsuf)

contoh:   البيت الكبير
             - rumah (yang) besar.

contoh naat sababi: جاء الرجل الفاضل أبوه
                              - ٍSeorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang.

2- Tarkib Idafi( Mudaf wa Mudaf Ilayh)
contoh: فصل الإضافي
            - kelas tambahan

3- Ataf dan Ma'tuf Alayh 
     - mempunyai kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. 

contoh: جاء علي ثم محمد
            - ِAli telah datang, kemudian datang pula Muhammad. 

4- Badal wa Mubdal Minhu

contoh badal sebahagian:  طبع الكتاب جزؤه الأول 
                        - Jilid pertama buku itu telah dicetak.

5- Taukid (جميع، كل، عين ،نفس، عامة)

-Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara atau untuk menguatkan maksud. 
contoh: ألقى عميد كلية الأدب نفسه مقالته
          - Dekan Fakulti Sastera sendiri menyampaikan ucapannya.

6- Frasa Idiomatik (al-ibarah al-istilahiyah)
      
- Terbina daripada paduan dua perkataan atau lebih dan mengandungi makna khusus yang tidak mungkin boleh disimpulkan daripada makna perkataan-perkataan yang membentuknya dan kerana itulah dikatakan bahawa frasa-frasa ini tidak telus.

contoh: رغب عن (x. suka)
             رغب في  (suka)


Terdapat 3 jenis peribahasa Arab:

1- al- Mathal al mujaz ( peribahasa ringkas)

2- al-Mathal al-qiyasi ( cerita atau kisah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara.

3- al- Mathal al-khurafiy ( peribahasa yang dibina oleh orang Arab mengikut kisah binatang atau cerita-cerita khurafat)


Terdapat 4 jenis peribahasa Melayu:

1- Perumpamaan
2- Simpulan bahasa
3- Bidalan
4- Pepatah


Teknik menterjemah peribahasa: 

1- Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.

contoh:جزاه جزاء سنمار -susu dibalas tuba

2- Guna teknik pinjaman terjemah.

contoh: دودة الكتب- ulat buku

3- Teknik memperjelas makna.

contoh: Sweetheart- kekasih- حبيب


4- Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif)

contoh: هدية تذكارية - cenderahati.

        (Aisyah Humaira' binti Md Akhir) (A156128)


Friday

CONTOH TERJEMAHAN MELAYU-ARAB

Bapa bekerja sendiri sebagai tukang gunting. Entah bila dia belajar menjadi tukang gunting, saya pun tidak tahu, dia telah membeli perkakas-perkakas gunting lengkap dengan beg kecilnya sekali dan kain putih, dan telah mulai menggunting rambut budak-budak di kampung.
            Bayarannya tidak mahal. Dua puluh atau tiga puluh sen sahaja satu kepala. Tiap-tiap hujung bulan, bapa akan membawa beg guntingnya lalu berkeliling kampung kami. Dua tiga hari dia akan menghilang dari rumah kerana pelanggan-pelanggannya ramai. Apabila dia pulang, koceknya penuh dengan duit syiling. Ada-ada sahaja yang dibawanya untuk saya pada hari-hari seperti itu - kain empat ela untuk baju kurung saya, atau beg tangan plastik buatan Hong Kong, ataupun skarf.

أبي يعمل مستقل كالحلاق. لا أدري متى تعلم ليصبح حلاقا. ولا أدري اشترى أبي آلات المقص كاملة وحقيبته صغيرة وقماش أبيض. وبدأ أن يحلق شعر الأطفال في القرية.
دفعته ليس غال. عشرون أو ثلاثون سنتا لكل شخص. في كل نهاية الشهر، يحمل أبي حقيبة المقص حول قريتنا. سيغيب أبي من البيت يومين أو ثلاثة أيام لأن زبائنه كثيرة. عندما عاد أبي، جيبه يمتلئ بعملة المعدنية. في ذلك اليوم، يحملني الأشياء، مثل ثوب أربعة ياردة لواحد ملابس تقليدية الملايوية أو حقيبة بلاستيكية من هونج كونج، أو خمار.   



:POSTED BY
NUR SAKINAH BINTI SAMSUDIN
A156056

LARAS BAHASA

DEFINISI LARAS BAHASA

Terdapat beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Antaranya ialah:

Nik Safiah Karim
Laras bahasa merupakan gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.

Ainon Muhammad
Laras bahasa ialah perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. 

Asmah Haji Omar
Laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang penggunannya.

Ure dan Ellis
Mereka menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.

Halliday
Beliau mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi dan berubah-ubah mengikut situasi.

Kesimpulannya, laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.


CIRI-CIRI LARAS BAHASA 

Terdapat dua faktor:
1. ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa
      i. situasi luaran (latar belakang sosial dan kebudayaan)
      ii. situasi persekitaran 

2. ciri-ciri linguistik
    - bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya.

JENIS LARAS BAHASA

1. Laras bahasa biasa formal
2. Laras bahasa perniagaan/iklan
3. Laras bahasa sains
4. Laras bahasa media massa
5. Laras bahasa rencana
6. Laras bahasa undang-undang
7. Laras bahasa agama
8. Laras bahasa sukan
9. Laras bahasa sastera/kreatif
10. Laras bahasa ekonomi
11. Laras bahasa akademik

POSTED BY:
NUR SAKINAH BINTI SAMSUDIN
A156056

Saturday

PADANAN TERJEMAHAN

PADANAN TERJEMAHAN

  • KONSEP PENTERJEMAHAN:
          -  Berdasarkan kesimpulan yang dihasilkan tentang penterjemahan ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran. 


  • KONSEP PADANAN 
          - Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap mustahil untuk dibuat
          -.Mencari padanan juga merupakan masalah utama teori terjemahan.
          - Pelbagai istilah yang digunakan untuk menerangkan konsep padanan. 


- Penggunaan istilah padanan terjemahan diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982). Ini adalah satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berautonomi.


Image result for jakobson on linguistic aspects of translation





Jakobson adalah orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan. 






Menurut Nida (1964):

PADANAN FORMAL
* penting makna seperti kehendak penulis asal.
*pengekalan susunan dan bentuk asal teks.



PADANAN DINAMIS

* mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran.
*X. terikat dengan bentuk teks asal.


PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT (NIDA 1964)

  • Padanan bukan keserupaan- hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
  • Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
  • Gaya masih dikekalkan- contohnya gaya puisi.
Padanan sejadi dirumuskan sebagai: hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan unsur-unsur lama atau klasik.

Terdapat 4 jenis padanan dalam penterjemahan: (NIDA 1964)

- 1 lawan 1
-1 lawan banyak
- banyak lawan 1
-1 lawan 0

                                                         Menurut Ainon Mohd (1987):


PADANAN TERJEMAHAN TERDEKAT TETAPI X. SEJADI:
pulut kuning= yelllow rice


PADANAN TERJEMAHAN SEJADI TETAPI X. TERDEKAT:
doctor dan tabib -konotasi negatif pada orang melayu


TERDEKAT YANG SEJADI:
lawyer- peguam


Strategi mencari padanan:
1- Mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan konsep daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran . Setelah konsep berpindah , maka label linguistik yg sesuai dicari.

2- Label linguistik yg dipilih sebagai padanan dalam bahasa sumber mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yang sama dalam bahasa sumber.


***** Padanan yang sebaik-baiknya : padanan 1 lawan 1




p/s: hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis ke bahasa sasaran.

  AISYAH HUMAIRA' BINTI MD AKHIR (A156128)

Wednesday

Contoh Terjemahan Bahasa Melayu kepada Bahasa Arab

DI SINI SAYA NAK KONGSIKAN BEBERAPA AYAT DALAM BAHASA MELAYU YANG DITUKAR KE DALAM BAHASA ARAB.....

SAYA MENDAPAT MAKLUMAT BAHARU TENTANG ISTILAH BAHASA ARAB KETIKA DALAM KELAS TUTORIAL BERSAMA DR. MAHERAM...

 AYAT 1: Kalaulah kamu tidak lulus, agak-agak apa ayah kamu akan buat?
                                   
                                                      لو افترضنا أنت راسب ، ماذا تتوقع من والدك يفعل؟

AYAT KE-2: Jangan layan saya seolah-olah saya ini budak.

   .لا تعاملني كأنني طفل صغير 

AYAT KE-3: Semua pelajar mempunyai hak untuk mengundi termasuk pelajar-pelajar asing. 

                 **   .كل الطلاب لهم حق الإنتخاب بما فيهم الأجانب
AYAT KE-4: Dia bukan lagi kawanku.

    . هي لم تعدي صديقتي

** mengundi= الإنتخاب  
       perkataan الإنتخاب paling sesuai digunakan kerana maksudnya mengundi untuk pilihanraya.
       manakala perkataan اقترع / سحب  juga bermaksud undi, tetapi undi untuk bukan pilihanraya. 


p/s: sewaktu menterjemah bahasa melayu ke bahasa arab, nahu sorof dan pemilihan maksud yang sesuai kepada bahasa arab amat perlu dititikberatkan....

AISYAH HUMAIRA' BINTI MD AKHIR (A156128)

Tuesday

Pakar Bahasa



Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

Pengalaman Kerjaya: Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis, Ahli Penasihat Majlis Kebangsaan Bagi Mengintegrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID), pengasas Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWA), Naib Presiden dan pengasas Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Karyawan Tamu UM.
Kegiatan selepas bersara: Penulis, mengajar sambilan di Rancangan Pengajian Gender Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, pakar runding bahasa dan pengajian wanita, pakar rujuk Kementerian Pelajaran Singapura dalam bidang penulisan buku teks bahasa Melayu, Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan.



Ainon Muhammad @ Ainon Mohd
Beliau berkhidmat di DBP dari 1973 - 1988, dan pernah menjadi Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada tahun 1988, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi klien beliau adalah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira - Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi. Di samping itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp


Profesor Dr. Asmah Haji Omar

 ialah pakar nahu Bahasa Melayu  dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggotaJawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.

Hidayatul Amira Binti Zawawi
A156042

[Cerita Hikmah]

استيقظت إحدى السيدات المريضة بالسرطان ونظرت في المرآة لتجد ثلاث شعرات فقط في رأسها 
Seorang wanita dengan penyakit kanser dia telah bangun di pagi hari dan dia melihat cermin kemudian dia mendapati rambut di kepalanya hanya tiga helai.

فابتسمت قائلة : لا بأس  سأصبغ شعري اليوم  فعلت ذلك … وقضت يوماً رائع 
Dia tersenyum dan berkata: "Tidak apa, saya akan mengepang rambut saya hari ini!" Dia pun melakukannya... Dan dia pun menghabiskan Hari itu dengan gembira.

وفي اليوم التالي، استيقظت ونظرت في المرآة، فوجدت شعرتين فقط . فانفرجت 
أساريرها،وقالت : مدهش ! سأغير تسريحة شعري اليوم، سأقسمه إلى نصفين وأصنع مفرقاً في منتصفه فعملت ذلك… وقضت يوماً مدهشاً 
Pada hari berikutnya, dia bangun dan melihat cermin, kemudian dia mendapati dua helai rambut sahaja di kepalanya. Raut mukanya tetap tenang, dan berkata: "Menajubkan! Saya akan merubah model rambut saya hari ini. Saya akan menyikatnya kepada dua bahagian. Dan membuat belah tengah." Dia pun melakukannya.... Dan dia pun menghabiskanm hari nya dengan gembira.

وفي اليوم الثالث، استيقظت لتجد شعرة واحدة فقط في رأسها وهنا قالت: ممتاز! سأسرح شعري للخلف فعلت ذلك… وقضت يوماً مرحاً وسعيداً 
Pada hari ke tiga, dia terbangun dan mendapati rambut kepalanya hanya tinggal satu helai saja. Di sini dia berkata: "Saya akan menyisir rambutnya" Diapun melakukannya... Dan menghabiskan harinya dengan penuh bahagia.

وفي اليوم التالي استيقظت ونظرت في المرآة لتجد رأسها خالياً من الشعرتماماً
Pada hari berikutnya, dia bangun dan melihat cermin kemudian dia mendapati kepalanya tiada sehelai rambut pun.

فهتفت بسعادة بالغة:يا للروعة ! لن أضطر لتصفيف شعري اليوم 
Dia pun bersorak dengan kebahagiaan yang mendalam: "Betapa eloknya! Pada hari ini saya tidak perlu menyisir rambut saya!"

-------
العبرة :اشعر بالرضا ايا كانت الظروف السعادة لا تأتيك بمفردها و لكن انت من يصنعه
Pengajaran: Bersyukurlah walau bagaimanapun keadaan kamu. Kebahagiaan itu tidak datang dengan sendirinya tetapi kamulah yang membuatnya.

Hidayatul Amira Binti Zawawi
A156042