Friday

LARAS BAHASA

DEFINISI LARAS BAHASA

Terdapat beberapa pandangan tentang konsep dan takrif laras bahasa. Antaranya ialah:

Nik Safiah Karim
Laras bahasa merupakan gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.

Ainon Muhammad
Laras bahasa ialah perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu sahaja. 

Asmah Haji Omar
Laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang penggunannya.

Ure dan Ellis
Mereka menganggap laras sebagai jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.

Halliday
Beliau mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi dan berubah-ubah mengikut situasi.

Kesimpulannya, laras bahasa ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.


CIRI-CIRI LARAS BAHASA 

Terdapat dua faktor:
1. ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa
      i. situasi luaran (latar belakang sosial dan kebudayaan)
      ii. situasi persekitaran 

2. ciri-ciri linguistik
    - bermaksud unsur-unsur sistem bahasa itu, iaitu aspek bunyi, perkataan, frasa dan ayatnya.

JENIS LARAS BAHASA

1. Laras bahasa biasa formal
2. Laras bahasa perniagaan/iklan
3. Laras bahasa sains
4. Laras bahasa media massa
5. Laras bahasa rencana
6. Laras bahasa undang-undang
7. Laras bahasa agama
8. Laras bahasa sukan
9. Laras bahasa sastera/kreatif
10. Laras bahasa ekonomi
11. Laras bahasa akademik

POSTED BY:
NUR SAKINAH BINTI SAMSUDIN
A156056

No comments:

Post a Comment