Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim
Pengalaman Kerjaya: Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, penulis, Ahli Penasihat Majlis Kebangsaan Bagi Mengintegrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID), pengasas Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWA), Naib Presiden dan pengasas Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Pengerusi Suruhanjaya Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Karyawan Tamu UM.
Kegiatan selepas bersara: Penulis, mengajar sambilan di Rancangan Pengajian Gender Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, pakar runding bahasa dan pengajian wanita, pakar rujuk Kementerian Pelajaran Singapura dalam bidang penulisan buku teks bahasa Melayu, Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan.
Ainon Muhammad @ Ainon Mohd
Beliau berkhidmat di DBP dari 1973 - 1988, dan pernah menjadi Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sebagai Ketua Bahagian Terjemahan. Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada tahun 1988, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara yang pernah menjadi klien beliau adalah Bank Negara Malaysia, Shell, ESSO, BP, Amway, Malayan Banking, Perwira - Habib Bank, Telekom, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan banyak lagi. Di samping itu, syarikat beliau juga terlibat dalam pembangunan perisian penyemak ejaan dan tatabahasa bersama MIMOS dan Microsoft Corp
Profesor Dr. Asmah Haji Omar
ialah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za'ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Sebelum itu, Asmah ialah ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraannya sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.Di samping itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik serta merupakan anggotaJawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.
Hidayatul Amira Binti Zawawi
A156042
Best No Deposit Bonus Codes in India - Herzamanindir.com
ReplyDelete5 steps1.Visit the official website of No Deposit India.
Benefits of using a no deposit herzamanindir bonus.
Benefits of using a 바카라사이트 no deposit bonus.
Benefits of using a no deposit bonus.
Online https://septcasino.com/review/merit-casino/ Sincere herzamanindir.com/ Accessory domain https://deccasino.com/review/merit-casino/ www.online-bookmakers.info