Saturday

PADANAN TERJEMAHAN

PADANAN TERJEMAHAN

  • KONSEP PENTERJEMAHAN:
          -  Berdasarkan kesimpulan yang dihasilkan tentang penterjemahan ialah kerja mencari padanan yang paling tepat dan sesuai dengan makna asalnya bagi kata-kata dalam teks sumber agar makna asalnya berjaya disampaikan kepada pembaca teks sasaran. 


  • KONSEP PADANAN 
          - Mencari padanan yang betul-betul tepat antara dua bahasa dianggap mustahil untuk dibuat
          -.Mencari padanan juga merupakan masalah utama teori terjemahan.
          - Pelbagai istilah yang digunakan untuk menerangkan konsep padanan. 


- Penggunaan istilah padanan terjemahan diterima pakai dalam ilmu sains penterjemahan setelah ia dipinjam daripada ilmu matematik atau ilmu logik (Wills 1982). Ini adalah satu usaha untuk mendapatkan satu terminologi yang lebih berautonomi.


Image result for jakobson on linguistic aspects of translation





Jakobson adalah orang pertama yang menggunakan konsep padanan dalam kerangka ilmu sains terjemahan. 






Menurut Nida (1964):

PADANAN FORMAL
* penting makna seperti kehendak penulis asal.
*pengekalan susunan dan bentuk asal teks.



PADANAN DINAMIS

* mementingkan reaksi dan penerimaan pembaca sasaran.
*X. terikat dengan bentuk teks asal.


PADANAN SEJADI YANG TERDEKAT (NIDA 1964)

  • Padanan bukan keserupaan- hanya maklumat yang sama disalin, bukan maklumat yang serupa.
  • Terpaksa melakukan penyesuaian dari segi tatabahasa dan leksikal.
  • Gaya masih dikekalkan- contohnya gaya puisi.
Padanan sejadi dirumuskan sebagai: hasil terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia ditulis dalam bahasa sasaran dan tidak terikat dengan bentuk-bentuk bahasa sumber, bahkan terdapat pembaharuan unsur-unsur lama atau klasik.

Terdapat 4 jenis padanan dalam penterjemahan: (NIDA 1964)

- 1 lawan 1
-1 lawan banyak
- banyak lawan 1
-1 lawan 0

                                                         Menurut Ainon Mohd (1987):


PADANAN TERJEMAHAN TERDEKAT TETAPI X. SEJADI:
pulut kuning= yelllow rice


PADANAN TERJEMAHAN SEJADI TETAPI X. TERDEKAT:
doctor dan tabib -konotasi negatif pada orang melayu


TERDEKAT YANG SEJADI:
lawyer- peguam


Strategi mencari padanan:
1- Mencari padanan kata yang membabitkan pemindahan konsep daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran . Setelah konsep berpindah , maka label linguistik yg sesuai dicari.

2- Label linguistik yg dipilih sebagai padanan dalam bahasa sumber mestilah merujuk fungsi, makna dan peranan yang sama dalam bahasa sumber.


***** Padanan yang sebaik-baiknya : padanan 1 lawan 1




p/s: hasil terjemahan seharusnya tidak berbau terjemahan apabila dibaca tetapi seolah-olah ditulis ke bahasa sasaran.

  AISYAH HUMAIRA' BINTI MD AKHIR (A156128)

No comments:

Post a Comment