Terdapat
sesetengah golongan yang berpendapat bahawa untuk menjadi seorang penterjemah
yang baik, cukup dengan hanya mengetahui dua bahasa. Pendapat ini salah sama
sekali. Seperti yang kita tahu, menterjemah bukanlah suatu kerja yang mudah,
jadi semestinya ia memerlukan kepada syarat-syarat tertentu untuk digelar
sebagai penterjemah. Antara syarat utamanya ialah:
1. Penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam iaitu merangkumi tatabahasa dan gaya bahasa sehingga mencapai tahap dapat membezakan makna dan menafsirkannya dengan tepat.
2. Penterjemah juga perlu mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa penerima, sama ada pengetahuan itu lebih baik daripada bahasa sumber atau sama baik dengan bahasa sumber.
3. Pengetahuan tentang tajuk atau subjek yang akan diterjemahkan juga amat penting supaya dapat menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Hal ini kerana, jika penterjemah berada di luar bidang subjek yang akan diterjemah, terjemahannya akan bersalahan dengan maksud asalnya.
4. Teori dan kaedah terjemahan juga perlu dititikberatkan oleh penterjemah supaya maksud yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pembaca.
5. Penterjemah perlu mengetahui siapakah sasaran pembaca terjemahannya. Penjagaan laras bahasa amat penting dalam terjemahan supaya ia tidak disalahertikan oleh pembaca. Sebagai contoh, jika sasaran pembaca penterjemah ialah kanak-kanak, maka laras bahasanya perlu sesuai untuk kanak-kanak tersebut.
POSTED BY:
NUR SAKINAH BT SAMSUDIN
A156056
No comments:
Post a Comment