Saturday

JENIS-JENIS TERJEMAHAN


Terdapat pelbagai jenis terjemahan yang boleh dilakukan jika kita ingin menghasilkan sebuah terjemahan. Antaranya ialah:

1. Terjemahan Harfiah
     * Ia bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan dari segi kosa kata, nahu sarf, uslub dan kadar ayat.
     * Kesan: menyalahi struktur ayat bahasa sasaran dan terdapat kesamaran dan kesilapan makana.

2. Terjemahan Setara
      * Ia bermaksud pemindahan makna yang lengkap atau hampir lengkap.
      * Penterjemah menyesuaikan terjemahannya mengikut bahasa sasaran dengan melakukan perubahan pada nahu sarf dan uslub.
      * Tahap persamaan dengan teks asal adalah tinggi.

3. Terjemahan Makna
      * Menurut Nida, ia bermaksud penyalinan semula maklumat ke dalam bahasa penerima.
      * Penterjemah akan menterjemah dengan menggunakan gaya bahasanya sendiri.

4. Terjemahan Bebas
      * Ia bermaksud terjemahan makna am dan isi kandungan teks tanpa mengambil kira struktur ayat asal.
      * Ia juga dikenali sebagai terjemahan intralingual.
      * Kesan: berlaku penambahan dan pengurangan pada makna.


POSTED BY:
NUR SAKINAH BINTI SAMSUDIN
A156056

Thursday



 الصلاة = السعادة

الاستغفار = رزق 

رضى الوالدين = طريق الى النجاح 

الصدقة = تطفئ غضب الرب

الدعاء = التقرب الى الله

القران = راحة


HIDAYATUL AMIRA BINTI ZAWAWI
A156042

  KATA MUTIARA ARAB



  1.  خيرالأصحاب من يدلّك على الخير
    Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan
  2. لولا العلم لكان الناس كالبهائم 
     Kalaulah tidak karena ilmu niscaya manusia itu seperti binatang
  3. العلم في الصغر كالنقش على الحجر 
     Belajar diwaktu kecil itu, bagaikan mengukir di atas batu
  4. لن ترجع الأيّام التي مضت
    Tidak akan pernah kembali lagi hari-hari yang telah berlalu
  5. تعلمنّ صغيرا واعمل به كبيرا
    Belajarlah di waktu kecil dan beramalah dengannya di waktu besar
  6. العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر 
     Ilmu tanpa amal bagaikan pohon yang tidak berbuah
HIDAYATUL AMIRA BINTI ZAWAWI
A156042

Wednesday

Alat Bantu Terjemahan

  • Kamus

Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna serta membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui
  
   Definisi Kamus ; Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.

JENIS KAMUS

•Kamus Ekabahasa
Kamus Aneka Bahasa / Multi Bahasa
•Kamus Aneka Bahasa / Multi Bahasa

 Saiz Kamus

Kamus MINI
Kamus Kecil
Kamus Besar


HIDAYATUL AMIRA BINTI ZAWAWI
A156042

PROSES MENTERJEMAH

Untuk menghasilkan sebuah hasil terjemahan yang baik, penterjemah perlu menjalani beberapa proses supaya terjemahan tersebut tidak janggal dan dapat diterima oleh pembaca. Proses terjemahan ialah:

1. Teks sumber
     - seperti yang kita sedia maklum, penterjemah perlu mengetahui teks sumber dengan mendalam dan terperinci.

2. Analisis (baca & faham)
     - proses ini berlaku dalam fikiran penterjemah, dan pastinya ia melibatkan pencarian makna yang sesuai untuk dipindahkan kepada teks sasaran. 

3. Pemindahan
     - pemindahan merupakan proses yang paling penting dalam terjemahan, di mana ia perlu mencari padanan terjemah yang sesuai. Kebiasannya, pada proses inilah berlakunya sedikit kesalahan dan kejanggalan makna ynag dilakukan oleh penterjemah.

4. Struktur semula
     - teks sumber yang telah diterjemah perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. 

5. Memeriksa
     - proses ini boleh dilakukan sendiri atau meminta pandangan dengan pakar bidang tersebut. Proses merupakan tugas yang agak sukar bagi seseorang penterjemah.

6. Menyemak
     - proses ini adalah untuk memastikan teks terjemahan sesuai dengan kehendak pembaca sasaran.

7. Menyunting
     - Pada asalnya, menyunting bukanlah termasuk dalam proses terjemahan, tetapi ia amat penting dan perlu dititikberatkan oleh penterjemah.

Setelah selesai setiap proses di atas, maka terhasillah sebuah terjemahan yang lengkap dan dapat diterima pakai oleh pembaca sasaran.

POSTED BY:
NUR SAKINAH BINTI SAMSUDIN
A156056
 

SYARAT - SYARAT UTAMA UNTUK DIGELAR SEBAGAI PENTERJEMAH

Terdapat sesetengah golongan yang berpendapat bahawa untuk menjadi seorang penterjemah yang baik, cukup dengan hanya mengetahui dua bahasa. Pendapat ini salah sama sekali. Seperti yang kita tahu, menterjemah bukanlah suatu kerja yang mudah, jadi semestinya ia memerlukan kepada syarat-syarat tertentu untuk digelar sebagai penterjemah. Antara syarat utamanya ialah:

1. Penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam iaitu merangkumi tatabahasa dan gaya bahasa sehingga mencapai tahap dapat membezakan makna dan menafsirkannya dengan tepat.

2. Penterjemah juga perlu mengetahui bahasa sasaran iaitu bahasa penerima, sama ada pengetahuan itu lebih baik daripada bahasa sumber atau sama baik dengan bahasa sumber.

3. Pengetahuan tentang tajuk atau subjek yang akan diterjemahkan juga amat penting supaya dapat menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Hal ini kerana, jika penterjemah berada di luar bidang subjek yang akan diterjemah, terjemahannya akan bersalahan dengan maksud asalnya.

4. Teori dan kaedah terjemahan juga perlu dititikberatkan oleh penterjemah supaya maksud yang hendak disampaikan dapat diterima oleh pembaca.

5. Penterjemah perlu mengetahui siapakah sasaran pembaca terjemahannya. Penjagaan laras bahasa amat penting dalam terjemahan supaya ia tidak disalahertikan oleh pembaca. Sebagai contoh, jika sasaran pembaca penterjemah ialah kanak-kanak, maka laras bahasanya perlu sesuai untuk kanak-kanak tersebut. 

POSTED BY:
NUR SAKINAH BT SAMSUDIN
A156056


APA YANG ANDA FAHAM TENTANG TERJEMAHAN?

 يأيها الناس إنا خلقنكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا
إن أكرمكم عند الله أتقاكم إن الله عليم خبير
                                                                     
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). ( SURAH AL HUJURAT, AYAT KE-13)
Image result for GAMBAR ORANG TANYA SOALAN








  -Apa yang anda faham tentang terjemahan????  

  • Terjemahan ialah memindahkan (karangan dll) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.  *kamus dewan bahasa dan pustaka*


- KATA TERJEMAHAN BERASAL DARIPADA PERKATAAN ARAB IAITU TARJAMA (ترجم) , YUTARJIMU ( يترجم) , TARJAMATAN (ترجمة)


TERDAPAT BEBERAPA DEFINISI TERJEMAHAN , ANTARANYA: 
  • Menurut Larson (1984: 3)

Translation is transferring the meaning of the source language into the receptor language. This is done by going form the form of the first language to the form of a second language by way of semantic structure.   Sementara itu, Larson mengemukakan pendapat Bahasa penerjemahan ialah transfer makna dari bahasa sumber ke bahasa sasaran. Lebih lanjut diterangkan proses transfer dilakukan pada bentuk dan struktur semantiknya.

  • MENURUT AKRAM MUKMIN (2000:7)                            
   الترجمة هي فن نقل الكلام من لغة إلى لغة أخرى­-

     
      * Kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai definisi tejemahan, terjemahan ialah mengalihkan bahasa sumber(asal) kepada bahasa sasaran (terjemahan).


                   
Disediakan oleh: Aisyah Humaira' binti Md Akhir (A156128)