Tuesday

Menterjemah Kata Kerja Berimbuhan
antaranya ,
1.  فَعَّلَ 
  •  كَسَرَ →  كَسَّر 
  •  عَلِمَ   →   عَلَّمَ
  •  فَرِحَ  →  فَرَّحَ 

2. فَاعَلَ 
  •  قَتَلَه   قَاتَلَه 



3. أفعل 
  •  أبخله  
  • أصبح 


4. تَفَعَّلَ 
  •  كَسَّرَ  - تَكَسَّرَ 


5. تَفَاعَل

  • تمارض


6. انفَعَلَ
  • انكسر
  • انقطع


7.افتعل

  • اشتغل

8.افعلّ


  • احمرّ


9.استفعلَ

  • استعمل
  • استغفر

HIDAYATUL AMIRA BINTI ZAWAWI
A156042

Sunday

BAGAIMANA KITA NAK MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS?

Apa itu kata nama khas?   

Kata nama khas: merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan seumpamanya. 

** Dalam bahasa melayu, nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar. 

 
** Dalam bahasa melayu, nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar. 

Kita mesti merujuk kepada fungsi dan makna yang tertentu untuk kata nama khas serta difahami berdasarkan budayanya. 
contoh : Pak Pandir dalam BM = Hatim al-Ta'i dalam BA

Terdapat 3 kaedah asas untuk menterjemah kata nama khas: ( menurut Leppihalme) (1997)

1- Mengekalkan kata nama khas- tidak diterjemahkan.
    Contoh nama orang: علي (BA)  - Ali (BM)
    Contoh lain: Longman (BI)- لونجمان (BA)- Longman (BM)
                       ** longman ini tidak boleh diterjemahkan kepada BA dengan رجل طويل kerana terdapat kata nama khas yang mempunyai makna yang tidak boleh diterjemahkan. 


2- Menggantikan kata nama khas dengan kata lain- diterjemahkan menggunakan teknik pinjaman terjemahan, pinjaman campuran & lain-lain.
   Contoh: Middle East (BI) - Asia Barat(BM)
                 Swat Valley (BI) - Lembah Swat (BM)

3- Menggugurkan terus kata nama khas- tetapi menterjemahkan maksud itu dengan cara lain seperti penjelasan, nota kaki dan lain-lain. 


Untuk menterjemahkan judul bagi sesuatu novel, terjemah isi novel dahulu kemudian baru diterjemahkan tajuk. 


Selamat menterjemah........
بالتوفيق والنجاح
                                                                  AISYAH HUMAIRA' BINTI MD AKHIR (A156128)

      

Saturday

JENIS-JENIS TERJEMAHAN


Terdapat pelbagai jenis terjemahan yang boleh dilakukan jika kita ingin menghasilkan sebuah terjemahan. Antaranya ialah:

1. Terjemahan Harfiah
     * Ia bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan dari segi kosa kata, nahu sarf, uslub dan kadar ayat.
     * Kesan: menyalahi struktur ayat bahasa sasaran dan terdapat kesamaran dan kesilapan makana.

2. Terjemahan Setara
      * Ia bermaksud pemindahan makna yang lengkap atau hampir lengkap.
      * Penterjemah menyesuaikan terjemahannya mengikut bahasa sasaran dengan melakukan perubahan pada nahu sarf dan uslub.
      * Tahap persamaan dengan teks asal adalah tinggi.

3. Terjemahan Makna
      * Menurut Nida, ia bermaksud penyalinan semula maklumat ke dalam bahasa penerima.
      * Penterjemah akan menterjemah dengan menggunakan gaya bahasanya sendiri.

4. Terjemahan Bebas
      * Ia bermaksud terjemahan makna am dan isi kandungan teks tanpa mengambil kira struktur ayat asal.
      * Ia juga dikenali sebagai terjemahan intralingual.
      * Kesan: berlaku penambahan dan pengurangan pada makna.


POSTED BY:
NUR SAKINAH BINTI SAMSUDIN
A156056

Thursday



 الصلاة = السعادة

الاستغفار = رزق 

رضى الوالدين = طريق الى النجاح 

الصدقة = تطفئ غضب الرب

الدعاء = التقرب الى الله

القران = راحة


HIDAYATUL AMIRA BINTI ZAWAWI
A156042

  KATA MUTIARA ARAB



  1.  خيرالأصحاب من يدلّك على الخير
    Sebaik-baik teman itu ialah yang menunjukkan kamu kepada kebaikan
  2. لولا العلم لكان الناس كالبهائم 
     Kalaulah tidak karena ilmu niscaya manusia itu seperti binatang
  3. العلم في الصغر كالنقش على الحجر 
     Belajar diwaktu kecil itu, bagaikan mengukir di atas batu
  4. لن ترجع الأيّام التي مضت
    Tidak akan pernah kembali lagi hari-hari yang telah berlalu
  5. تعلمنّ صغيرا واعمل به كبيرا
    Belajarlah di waktu kecil dan beramalah dengannya di waktu besar
  6. العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر 
     Ilmu tanpa amal bagaikan pohon yang tidak berbuah
HIDAYATUL AMIRA BINTI ZAWAWI
A156042

Wednesday

Alat Bantu Terjemahan

  • Kamus

Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna serta membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui
  
   Definisi Kamus ; Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna.

JENIS KAMUS

•Kamus Ekabahasa
Kamus Aneka Bahasa / Multi Bahasa
•Kamus Aneka Bahasa / Multi Bahasa

 Saiz Kamus

Kamus MINI
Kamus Kecil
Kamus Besar


HIDAYATUL AMIRA BINTI ZAWAWI
A156042

PROSES MENTERJEMAH

Untuk menghasilkan sebuah hasil terjemahan yang baik, penterjemah perlu menjalani beberapa proses supaya terjemahan tersebut tidak janggal dan dapat diterima oleh pembaca. Proses terjemahan ialah:

1. Teks sumber
     - seperti yang kita sedia maklum, penterjemah perlu mengetahui teks sumber dengan mendalam dan terperinci.

2. Analisis (baca & faham)
     - proses ini berlaku dalam fikiran penterjemah, dan pastinya ia melibatkan pencarian makna yang sesuai untuk dipindahkan kepada teks sasaran. 

3. Pemindahan
     - pemindahan merupakan proses yang paling penting dalam terjemahan, di mana ia perlu mencari padanan terjemah yang sesuai. Kebiasannya, pada proses inilah berlakunya sedikit kesalahan dan kejanggalan makna ynag dilakukan oleh penterjemah.

4. Struktur semula
     - teks sumber yang telah diterjemah perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah. 

5. Memeriksa
     - proses ini boleh dilakukan sendiri atau meminta pandangan dengan pakar bidang tersebut. Proses merupakan tugas yang agak sukar bagi seseorang penterjemah.

6. Menyemak
     - proses ini adalah untuk memastikan teks terjemahan sesuai dengan kehendak pembaca sasaran.

7. Menyunting
     - Pada asalnya, menyunting bukanlah termasuk dalam proses terjemahan, tetapi ia amat penting dan perlu dititikberatkan oleh penterjemah.

Setelah selesai setiap proses di atas, maka terhasillah sebuah terjemahan yang lengkap dan dapat diterima pakai oleh pembaca sasaran.

POSTED BY:
NUR SAKINAH BINTI SAMSUDIN
A156056